cinta itu milik kita <3
Lagu rancak yang
sedang bermain di
corong radio langsung
tidak menarik minat
gadis itu. Hatinya
yang resah dan
gundah gulana langsung
tidak menunjukkan tanda
akan reda. Jenuh
dia berfikir. Apa
lagi yang lelaki
itu hendak daripadanya?
Tiada maknanya lagi
dia meneruskan hubungannya
dengan lelaki yang
telah mencoret seribu
kekotoran ke atas
dirinya suatu ketika
dahulu.
Aleya menongkat dagu
apabila kepalanya terasa
berat memikirkan masalahnya
itu. Runsing! Apa
lagi yang si
bedebah itu mahu?
Belum puaskah dia
mengotorkan hidup aku
dahulu? Aleya menyeranah
lelaki itu sepuas
hati. Masih ingat
lagi pertembungannya dengan
lelaki durjana itu
siang tadi.
“Hai ,sayang,” sapa
Azizi tanpa segan
silu.
Entah kenapa, petang
itu Aleya mahu
benar pergi ke
Padang Kota. Kata
rakan-rakannya, pasembor di situ
sedap sekali. Terliur
juga gadis itu tatkala
rakan-rakannya menceritakan tentang
keenakan makanan itu.
Tetapi entah apa
nasibnya, terjumpa pula
si lelaki yang
selama ini mahu
dihindarkannya. Mati seleranya
hendak menjamah makanan
di hadapannya kini.
Malas hendak melayan
mamat sengal itu,
Aleya cepat-cepat menghabiskan
pasembornya dan bangkit
berlalu pergi. Tak
elok membazir! Membazir
itu amalan syaitan
dan Aleya tidak
mahu menjadi sahabat
syaitan. Perit tekaknya
menelan makanan itu
dengan agak gelojoh.
Namun apakan daya,
hatinya memberontak ingin
cepat sampai ke
rumah.
Melihatkan si gadis
telah pun bangkit
berlalu pergi, Azizi
berlari-lari anak menyaingi
langkah panjang gadis
tinggi lampai itu.
“Aleya!”
Panggilan lelaki itu
dibiarkan sepi. Jijik
telinganya mendengar namanya
meniti di bibir
lelaki itu. Biarpun
lelaki itu pernah
menghuni hatinya suatu
ketika dahulu, kini
hatinya menolak sekeras-kerasnya kehadiran
lelaki itu. Aleya
terus melangkah tanpa
menghiraukan lelaki yang
mengejarnya itu. Sengaja
dia memanjangkan lagi
langkahnya supaya dia
cepat sampai ke
keretanya.
Azizi sudah hilang
kesabaran dengan tindakan
Aleya itu. Direntapnya
lengan gadis itu
supaya berhenti melangkah
dan berpaling menghadapnya.
“Lepaslah! Sakit awak
tahu tak!” Sembur
Aleya apabila Azizi
mula bertindak di
luar dugaannya.
Genggaman tangannya yang
mencengkam lengan Aleya
tidak dilepaskan. Malah
makin kuat tangan
sasa itu mencengkam
lengan mulus milik Aleya. “Saya
nak cakap dengan
awak sekejap.”
Aleya menjeling tajam
wajah lelaki itu.
Sakit matanya hendak
menatap orang seperti
Azizi itu. Apa
lagi yang lelaki
itu mahu? Mahu
cakap apa lagi
dengan dia? Apa
pun yang mahu
diomongkan oleh lelaki
itu, dia tidak
ingin tahu. Benci benar
dia dengan lelaki
yang telah memusnahkan
hidupnya itu.
“Saya tak nak
cakap apa-apa dengan
awak. Saya nak
balik! Lepaslah!”
Aleya merentap
kuat tangannya sehingga
terlerai genggaman lelaki
itu tadi. Merah
lengannya akibat genggaman
kasar tangan sasa
itu.
Aleya berpaling
dan mula membuka
langkah seribu. Tidak
ingin dia berlama-lamaan menghadap
lelaki durjana itu.
Meluat dan menyampah!
“Saya cintakan
awak, Aleya!” Jerit
Azizi ketika Aleya
laju menyusun langkah.
“Dan saya akan
dapatkan awak kembali
walau apa cara
sekali pun!”
Tok tok tok!
Ketukan di luar
pintu menghentikan lamunan
gadis itu. Hilang
segala resah dan
gundah gulananya tadi.
Entah siapa pula
yang datang rumah
aku malam-malam ni?
Sudahlah Hannan takde.
Kalau perogol bersiri
yang datang, niaya
aku! Desis Aleya
di dalam hati.
Aleya menguak
perlahan pintu utama
itu setelah lama
membiarkan ‘tetamu’nya menunggu
di luar rumah.
Aleya senyum meleret
melihatkan pujaan hatinya
datang bertandang ke
rumah. Namun terselit
jua perasaan aneh
kerana jarang sekali
lelaki itu bertandang
ke rumahnya pada
waktu malam. Musykil ni!
Aleya bermonolog sendirian.
“Jom keluar?”
ajak Izham sekaligus
merungkaikan kebingungan gadis
itu tentang kehadirannya
yang secara tiba-tiba.
Jelaslah bahawa
lelaki itu datang
umtuk mengajaknya keluar.
Barangkali ada sesuatu
yang mengusutkan fikiran
kekasihnya itu. Izham
jarang mengajaknya keluar
pada waktu malam.
Malah Aleya ditegahnya
untuk keluar pabila
malam menjengah. Ni
mesti ada yang
tak kena ni!
Omel Aleya dalam
hati.
“Bagi saya
lima minit.”
Setelah memakirkan
kereta Honda City
miliknya di tepi
jalan, Izham menapak
keluar dari kereta.
Hatinya gelisah apabila
teringatkan perbualannya dengan
Hannan, teman serumah
Aleya petang tadi.
Kata Hannan, Aleya
pulang dari entah
mana dengan muka
masam mencuka. Sapaan
Hannan langsung tidak
diendahkannya.
Hujung-hujung, Hannan lekas
menghubungi Izham untuk
bertanyakan tentang perubahan
sikap Aleya itu.
Bukan Hannan
tak kenal Si
Aleya itu bagaimana.
Malah sudah masak
benar dengan perangai
teman serumahnya itu.
Kalau dah mencuka
sebegitu rupa, jangan
harap dia dapat
mengorek perihal gadis
itu. Mahu kena
sembur balik ada lah.
Buat niaya aje!
Maka penyelesainya Si
Izham jualah. Hanya
kekasih Aleya yang
seorang itu sahaja
yang mampu menenangkan
‘amarah’ gadis itu.
Namun apa yang
dilihatnya kini berbeza
dengan apa yang dikatakan Hannan
kepadanya. Gadis kecil
molek itu kelihatannya
gembira sekali bermain
air di gigi
pantai. Sesekali dia
meyeringai ketawa. Keindahan
laut pada waktu
malam jelas mengagumkan
gadis itu. Bagaikan
tiada apa-apa yang
merunsingkan fikirannya saat
ini.
“Awak!”
Bahu Izham ditepuk
lembut. Geram benar
dibuatnya apabila Izham
tidak mengendahkan panggilannya
sebentar tadi. Hujung-hujung, terpaksalah
dia menggunakan ‘kekerasan’
untuk menyedarkan Izham
daripada lamunannya.
“Awak mengelamun ek?”
soal Aleya ketika
Izham masih terpinga-pinga.
“Eh, takde lah…
saya tengok awak
tadi,” balas Izham
menidakkan telahan Aleya
yang sememangnya benar
itu.
Aleya mencebikkan bibirnya.
“Iyelah tu. Entah-entah
awak tengok awek-awek
cun kat sana
tu.” Kata Aleya
seraya menjuihkan bibirnya
ke arah beberapa
anak gadis yang
sedang bertenggek di
atas batu besar
tidak jauh daripada
mereka.
Izham turut memandang
ke arah yang
dimaksudkan Aleya itu.
Astaghfirullah! Ke situ
pulak fikiran Si
Aleya ni. “Buat
apalah saya tengok
dia orang tu
kalau ada yang
lebih cun di
depan mata saya
ni.”
“Eleh, iyelah tu,”
tukas Aleya. Ada
nada merajuk dalam
katanya itu.
“Sayang… tak baik
tau awak buruk
sangka dengan bakal
suami awak ni,”
ucap Izham persis
memujuk.
“Huh!” Aleya merengus
perlahan namun dapat
didengari rengusannya itu
di cuping telinga
Izham.
Izham mengeluh perlahan.
Tujuannya mengajak Aleya
keluar untuk berbincang
tentang kata-kata Hannan
yang merisaukan fikirannya.
Bukan melihat Aleya
yang diamuk rasa
cemburu ini. Dah
jadi satu hal
pulak hendak memujuk
‘Ratu Merajuk’ di
hadapannya kini.
“Aleya…
” lembut Izham
menuturkan nama cinta
hatinya itu.
Aleya tidak betah
jika Izham memanggilnya
selembut itu. Naik
menggelora dadanya. Mukanya
dihadapkan memandang Izham.
“Ye, saya?”
Ditatapnya wajah
Izham. Lama. Jelas
terpancar kegusaran di
wajah kekasihnya itu.
“Awak okey? Hannan
cakap, awak macam
ada masalah lepas
pulang dari mana
entah. Awak ke
mana sebenarnya?”
Setelah lama membisu,
Izham menyuarakan kegusarannya
yang semakin menyesakkan
kerongkongnya. Tidak sanggup
rasanya menanggung rasa
itu lebih lama.
Oh, perkara itukah
sebenarnya menganggu fikiran
buah hatinya itu?
Ingat apalah tadi…
“Saya terjumpa Azizi,”
jawap Aleya ringkas.
“What?!”
Izham benar-benar kaget
dengan jawapan gadis
itu. “Kat mana
awak jumpa dia?
Dia ada apa-apakan
awak tak?”
Aleya terharu
dengan sikap prihatin
lelaki itu. Izham
menerima seadanya walaupun
telah mengetahui bahawa
dirinya telah terpalit
seribu kekotoran dek
perbuatan lelaki durjana
bernama Azizi.
“Padang Kota. Saya
pergi sana makan
pasembor. Entah dari
celah mana si
bedebah tu datang
terus tegur saya.
Menyampah betul!”
Cerita Aleya
dengan mimik muka
jelas terpampang amat
membenci lelaki durjana
itu.
“Lain kali
awak nak keluar
ke mana-mana, ajak saya
tau. Saya takutlah
kalau dia apa-apakan
awak lagi,” luah
Izham risau.
Kerana sikap
Izham yang satu
inilah membuatkan Aleya
semakin sayang kepada
lelaki itu. Malah
amat mencintai lelaki
itu sepenuh hatinya.
“Baiklah bos. Lepas
ni saya nak
keluar ke mana-mana,
saya ajak awak
sekali eh.”
Tutur Aleya
menutup gusar di
hati lelaki itu dengan
masalah yang berpunca
daripada dirnya sendiri.
“Eh, dah lewatlah.
Jom balik?”
Sedar tak
sedar, waktu sudah
pun menginjak ke
angka sebelas malam.
“Tidak manis rasanya
mengusung anak dara
orang ke hulu
ke hilir hingga
ke lewat malam.”
Sambung Aleya lagi. Izham akur
dengan ajakan Aleya
itu.
Ada benar
jua kata Aleya
itu.
Mundar-mandir lelaki
itu ke hulu
ke hilir. Kelihatannya
resah sekali. Sekejap
berjalan ke sana,
sekejap ke sini.
Dah macam orang
mati bini aku
tengok Si Izham
ni! Desis hati
kecil Hannan.
“Izham… cuba bertenang. Kita
serahkan semuanya pada
pihak polis.” Suara
Hannan setelah lama
membiarkan Izham mundar-mandir
tak tentu hala.
“Cuba duduk. Tak
penat ke kaki
awak tu dari
tadi asyik mundar-mandir
aje?”
Izham mendengus
kasar. Dia melabuhkan
punggungnya di atas
sofa yang terletak
di ruang lobi
itu. Tangannya melurut
kasar rambut yang
tidak bersikat itu.
Tiada masa dia
hendak bersegak sedang
hatinya resah dipalu
kencang dek kehilangan
kekasih hatinya secara
tiba-tiba.
“Aku
tak boleh duduk
diam, Hannan. Aku
risau!” luah Izham.
Jelas terpancar kerisauan
di wajahnya. Sayang
benar dia terhadap
Aleya. Dialah orang
yang pertama sampai ke
ruang lobi pejabat
polis itu setelah
dikhabarkan Hannan tentang
kehilangan gadis itu.
“Sabarlah… kan
kita dah pun
report polis. Tahulah
polis buat keja
dia orang,” ucap
Hannan persis memujuk
kegusaran yang melanda
lelaki di hadapannya
itu.
Izham bangkit
berdiri. Otaknya ligat
memikirkan sesuatu. Hanya
satu orang yang
disyakinya telah menculik
Aleya. Dia yakin
dan pasti telahannya
itu tidak meleset.
“Aku rasa
aku tahu siapa
punya kerja ni,”
luah Izham setelah
lama berdiam diri.
“Siapa?”
Aleya membuka
matanya perlahan-lahan. Terasa
lenguh satu badannya.
Berpinar-pinar dan kabur
penglihatannya. Dia cuba
mengingati apa yang
terjadi pada dirinya
semalam.
Ouch… Belakang
kepalanya dipegang perlahan.
Terasa ada bengkak
yang mula menimbul.
Barulah dia sedar
bahawa seseorang telah
memukulnya dengan objek
keras ketika dia
cuba membuka pintu
keretanya semalam.
Ketika itu,
kepekatan malam mula
menjengah. Bayu lembut
waktu malam mula menyapa kulit
halusnya. Kereta yang
diparkir agak jauh
daripada bangunan tempat
kerjanya menggagahkan dia
memberanikan diri. Dia
mahu cepat-cepat pulang
ke rumah kerana
tidak mahu berlama-lamaan di
tempat sunyi itu.
Sedang dia
terkocoh-kocoh membuka pintu
keretanya, kepalanya dihentak
objek keras. Melayang
tubuhnya sebelum rebah
menyembah bumi. Semuanya
menjadi gelap-gelita selepas itu.
“Awak dah
sedar?” sapa satu
suara.
Suara itu
amat dikenalinya. Terbuntang
mata Aleya setelah
telahannya mengena.
“Saya kat
mana ni? Apa
awak dah buat
pada saya?” soal
Aleya sambil terpisat-pisat bangun
daripada perbaringan.
Lelaki itu
melirik senyum. Gadis yang
diingininya selama ini
sudah ada di
depan mata. Tak
perlu lagi dia
mengejar gadis itu
ke sana ke
mari. Kerjanya menjadi
lebih mudah dengan
adanya gadis itu
di depan mata.
“Saya takde
buat apa-apa pada
awak. Saya cuma
nak awak ada
dekat dengan saya,”
jawap Azizi sambil
melangkah mendekati Aleya.
“Saya cuma nak
‘memiliki’ awak sekali
lagi.”
Aleya jijik
dengan kata-kata lelaki
itu. Semua yang
ada pada lelaki
itu semuanya jijik
belaka! Tak akan
pernah Aleya membiarkan
dirinya ‘dimiliki’ lelaki
itu sekali lagi. Sudahlah menghancurkan
hidupnya suatu ketika
dahulu. Tidak pulak
mengaku telah mencalit
arang pada diri gadis itu.
Sudahnya, sehingga ke
hari ini Aleya
membenci lelaki itu.
Pembetulan! Bukan sehingga
ke hari ini,
tapi buat selama-lamanya Aleya
membenci Si Bangsat
itu.
Aleya meludah
liur ke muka
Azizi yang makin
hampir dengan wajahnya.
Akibatnya, penangan penampar
tangan sasa itu
melekat pada pipi
kanannya. Terasa pijar
dan kebas pipinya
itu. Bibirnya pecah
dan mengalirkan cairan
merah pekat dek
kekasaran lelaki itu.
“Kau jangan
melampau, Aleya! Kalau
aku tak dapat
kau secara rela,
aku akan dapatkan
dengan cara kasar!”
tengking Azizi kuat.
Geram benar dengan
perbuatan gadis itu
meludah liur ke
wajahnya.
Aleya
telan liur. Tidak
mampu dia bayangkan
apa yang akan
terjadi pada dirinya
sebentar lagi. Sudahlah
tangan dan kakinya
diikat di kepala
katil. Aleya hanya
mampu berserah semuanya
kepada Allah SWT.
“Kau….!”
Belum sempat Azizi
menutur lagi katanya,
bunyi ketukan pintu
membantutkan niatnya.
Azizi sempat
menyambar pistol yang
diletakkannya di atas
meja kopi di
bahagian ruang tamu.
Dia sudah bersedia bergelut
dengan apa jua
yang bakal dihadapinya.
Belum sempat dia
memulas tombol, pintu
terhempas kuat akibat
ditendang kuat daripada
luar. Azizi terdorong
ke belakang akibat
hempasan yang mengena
dirinya.
Beberapa
orang pegawai polis
berada di muka
pintu. Lelaki itu
yang kaget dengan
kehadiran polis pantas
berlari ke arah
bilik yang menempatkan
‘tebusan’nya itu. Pihak
polis mengejarnya. Namun,
Azizi sempat meloloskan
diri ke dalam
bilik dan mengunci
pintu itu daripada
dalam.
Melihatkan Azizi
yang cemas, Aleya
yakin pihak bantuan
datang untuk membantunya.
“Tolong!” jerit Aleya
sekuat hati. Dia
mahu jeritannya didengari
pihak bantuan.
Pang!
Sekali lagi
Aleya terkena penangan
tangan sasa itu.
Melayang tubuhnya sebelum
rebah menyembah dada
katil. Berpusing-pusing segala
yang dilihatnya. Pandangannya
kabur. Masuk kali
ini, sudah dua
kali dia ‘makan’
penangan lelaki itu.
Sakitnya hanya Allah
yang tahu.
Pintu bilik
itu dirempuh kuat
pihak polis. Terkulai
daun pintu itu
dibuatnya.
Azizi mencengkam
tubuh Aleya malah
mengugut pihak polis
untuk menembak gadis
itu. Aleya hanya
mampu menangis mengenangkan
nyawanya yang bagaikan
telur di hujung
tanduk saat ini.
“Lepaskan dia!”
arah Inspektor Syafiq
tegas. Pistol yang
dipegangnya diacukan ke
arah Azizi.
Azizi mencengkam
lengan Aleya dengan
kasar. Aleya mengaduh
kesakitan. “Aku takkan
lepaskan dia. Dia
milik aku!”
Setelah beberapa
kali amaran yang
dikeluarkan Inspektor Syafiq
tidak diendahkan lelaki
itu, Inspektor Syafiq
dan skuadnya bertindak
pantas meluru ke
arah Azizi. Pistol
yang dipegang Azizi
disepak kuat hingga
terlepas daripada genggamannya.
Detektif Azril
serta beberapa pegawai
lagi bertindak mematahkan
serangan Azizi dengan
mudah. Kedua-dua belah
tangan Azizi digari
sebelum dia diheret
ke muka pengadilan.
Aleya
dikeluarkan daripada rumah
Azizi dengan beberapa
ahli skuad pimpinan
Inspektor Syafiq. Aleya
pantas meluru ke
arah Izham yang
menunggunya di luar
rumah itu. Seketika
kemudian, Aleya tenggelam
dalam dakapan kekasihnya itu.
“Shh… jangan
nangis sayang. Saya
ada dengan awak.
Saya takkan sesekali
biarkan Si Bangsat
tu ambil awak
daripada saya.” Pujuk
Izham sementelah Aleya
tidak berhenti-henti menangis
di dalam pelukannya.
Izham mencium
ubun-ubun rambut Aleya.
Dia begitu menyayangi
gadis itu dan
tak akan dibiarkannya
mana-mana lelaki menyentuh
Aleya lagi. “Jangan
nangis, sayang. Saya
ada… ”ucap Izham
memujuk lagi.
Sementelah Azizi
sudah pun dibawa
ke muka pengadilan,
dia dijatuhkan hukuman
atas kesalahan merogol,
menculik dan mencederakan
Aleya dengan niat
setimpal dengan perbuatannya
itu.
Aleya kini
mampu tersenyum dengan
kehidupannya kini. Cintanya
milik Izham dan
dia takkan sesekali
berpaling daripadanya. Cinta
itu milik kita,
Izham!
thank you for your commitment *^_^*