“Saya tak
tipu awak. Sumpah
demi nama Allah.
Dia tu perempuan.
Bukan lelaki.” Teresak-esak
gadis itu menerangkan
kepada kekasihnya itu.
“Huh!” lelaki
itu mendengus kasar.
“Kau ingat aku
nak percaya cakap
kau tu? Mentang-mentanglah aku
ni takde pelajaran,
kerja kebun. Senang-senang
je kau nak
perbodohkan aku.” Luah
lelaki itu kasar
tanpa mempedulikan gadis
itu yang menangis
tersedu-sedan.
“Saya tak
tipu awak. Sumpah
demi Allah!” ucap
gadis itu berulang
kali untuk meyakinkan
kekasihnya itu. Air
mata yang merembes
laju tidak diendahkannya. Dia
perlu meyakinkan apa
yang diluahkannya itu
kerana lelaki itu sudah
tersalah faham. Dia
perlu menyatakan kebenaran.
Dia tidak gentar
jikalau dipaksa mengangkat
sumpah sambil menjunjung
al-quran kerana dia
pasti dia benar
dalam hal ini.
“Saya tak
tipu awak... Saya
tak tipu awak...”
rintih gadis itu
masih mencuba.
“Simpan je lah
sumpah kau tu.
Aku dah muak
dengan kau. Entah
jantan mana yang
kau layan kat
sana. Mentang aku
bodoh, kerja kebun,
kau bodohkan aku
sampai macam ni
sekali. Aku dah
tak nak dengar
suara kau lagi.
Aku tak nak
ada mesej or
call dari kau
lagi. Apa-apa pasal
aku, kau tak
payah ambil tahu
lagi. Kita putus!”
Talian terus diputuskan.
“Aku tak
tipu kau.. Aku
tak tipu kau..”
rintih Hawa seorang
diri.
Hanya
kerana tersalah faham,
Adam sanggup memutuskan
hubungannya dengan Hawa.
Apa yang dikesalkan
Hawa ialah Adam
menuduhnya curang tanpa
menyelidik dengan teliti
dahulu tentang tuduhannya itu. Salah
Hawa juga kerana
menyebut nama ‘Amin’
ketika ditanya dengan
siapa dia berjalan
pada malam itu.
Nama Amin itu
bukanlah nama seorang
lelaki seperti yang
disangkakan Adam. Nama
Aminah atau nama
brutalnya Amin. Sangkanya
cuma ingin berjenaka
dengan lelaki itu tapi
lain pula jadinya.
Kini dia ditinggalkan
kerana salah faham
yang sekecil itu.
Hawa menyembapkan
wajahnya ke bantal.
Matanya dipejam rapat.
“Adam.. aku tak
tipu kau. Dia
memang perempuan... ”
rintih Hawa bersama
tangisan. Lemah segala
kudratnya untuk menghadap
dugaan ini. Dia
menangis semahu-mahunya.
Menjejakkan kaki ke
negeri orang bukanlah
satu keputusan yang
tepat. Dia benar-benar
nekad kali ini.
Entah apa yang
akan dileter ibu
kepadanya dia sudah
tidak ambil peduli.
Dia perlu menjernihkan
keadaan. Dia tidak betah hidup
tanpa lelaki itu
disampingnya. Setiap apa
yang dilakukan dan
yang terjadi di sekelilingnya mengingatkan
dia tentang lelaki
itu. Sungguh, banyak
kenangan yang terukir
ketika bersama lelaki
itu. Setiap kali
bersendirian, air matanya
pasti murah untuk
mengalir. Setiap bait-bait
cinta yang indah
didengarinya dulu sudah
hilang dari pendengarannya.
Dia kini
di stesen keretapi
Segamat, Johor. Niatnya
hanya satu- berjumpa
Adam dan menjernihkan
keadaan. Dia sudah
tidak peduli apa
tanggapan Adam terhadap
dirinya selepas ini.
Dia sudah gila
bayang sehingga sanggup
melakukan kerja bodoh
ini. Sendirian menaiki
keretapi dari Kedah
ke Johor semata-mata
untuk memulihkan hubungan
mereka seperti sediakala.
Hawa.. Hawa...
kau memang dah
gila!
Telefon bimbit
di dalam kocek
seluar diseluk. Dia
mendail nombor telefon
Adam. Berkali-kali nombor
itu didail, namun
tidak berjawab. Dia
cuba menghantar SMS
pula.
Awak.. saya kat
stesen keretapi Segamat.
Harap dapat
jumpa awak sekejap..
Hawa
duduk di atas
kerusi rehat yang
disediakan di stesen itu.
Letih juga perjalanan
ke selatan Malaysia
ini walaupun menggunakan
perkhidmatan awam. Itu
belum naik kenderaan
sendiri lagi. Kalau
tidak apalah nasib aku.. omel
Hawa seorang diri.
Gadis itu
memejamkan mata untuk
melepaskan lelah. Tiada
tempat yang boleh
ditujuinya sementelah dia
tidak mempunyai saudara-mara
di negeri selatan
ini. Jadi, terpaksalah
dia ‘menumpang’ di
stesen keretapi itu
buat seketika. Akhirnya
Hawa terlelap di kerusi
rehat itu.
“Hei” panggil lelaki
itu.
Tubuh yang terkujur
kaku di atas
kerusi itu ditolaknya
perlahan. Dah mati
agaknya budak ni!
Luah Adam di
dalam hati. Adam
menoleh ke sekeliling.
Ruang menunggu itu
sudah lengang tatkala
malam sudah menghampiri
tengah malam.
Ditatapnya wajah
gadis di hadapannya
kini. Ikutkan hati
nak saja dia
memeluk dan mencium
gadis itu sepuas-puasnya. Namun,
apabila mengingatkan perbuatan
gadis itu mencurangi
dirinya, segala niat
dan kehendaknya mati.
Tubuh gadis itu
ditolak kuat. Susah
sangat nak bangun!
Omel Adam di
dalam hati. Gadis
itu terdorong ke
kanan lalu kepalanya
terhantuk bucu kerusi
itu.
Aduh! Sakitnya..
Hawa menggosok perlahan
kepalanya yang terasa
sakit. Terpisat-pisat dia
membuka mata. Terbuntang
matanya tatkala dia
terpandang lelaki yang
duduk di sebelahnya
kini. “Awak..”
Tampannya dia,
bisik hati Hawa.
Sebelum ini Hawa
tidak pernah bersemuka
dengan Adam secara
face to face
dek kerana dia
menetap di utara
manakala Adam di
selatan. Dia hanya
pernah melihat wajah
Adam di laman
maya dan MMS yang dihantar
Adam kepadanya.
“Buat apa kau
datang sini?” tegur
Adam kasar. Tembok
egonya ditambak tinggi.
Dia tidak mahu
tersungkur di hadapan
gadis yang menipu
dirinya.
“Saje
.Jalan-jalan ambil angin.”
Jawap Hawa. Setenang
mungkin dia cuba
berlagak selamba. Dia
mahu berdamai dengan
lelaki dengan tenang
tanpa setitis air
mata.
“Kau pergi baliklah.
Aku tahu kau
datang sini sebab
nak berdamai dengan
aku. Kau pergi
balik! Pergi balik
pada kekasih kau
yang kau agung-agungkan sangat
tu!” bentak Adam
meluahkan geram.
Hawa tersentak dengan
kata-kata Adam. Adakah
Adam benar-benar membenci
dirinya? Tidak ada
lagikah kasih sayang
terhadap gadis itu
walaupun sekelumit cuma?
“Saya... saya minta
maaf sebab datang
sini. Tapi saya
perlu betulkan keadaan.
Saya kena jelaskan
pada awak siapa
Amin tu....”
“Dah! Kau tak
payah nak terangkan
apa-apa.” Adam memotong
percakapan Hawa. “Aku
tak perlukan penjelasan kau! Kau
pergi balik sekarang.
Balik!!!”
Tengking Adam kuat sehingga terhinggut
sedikit tubuh gadis
itu.
Air mata
mula bertakung di
tubir mata. Dia
mula merasa sebak.
“Awak kena dengar
penjelasan saya. Saya
tak tipu awak.
Saya tak curang
pada awak,” luah
Hawa perlahan. Air
mata yang ditahan
mengalir perlahan menuruni
pipi.
“Ada aku
kesah?”
Astaghfirullah! Inikah Adam
yang aku kenali
dulu? Perwatakannya berbeza
sekali dengan lelaki
yang dikenalinya suatu
ketika dahulu.
Adam bingkas
bangun meninggalkan Hawa
yang menangis tereasak-esak. Dia
tidak betah melihat
gadis itu menangis
di hadapannya. Demi
ego yang menggunung
tinggi, dia membuat
keputusan meninggalkan gadis
itu sendirian.
Hawa mengesat air
mata yang masih
bersisa di kedua-dua
belah pipinya. Dia
perlu mejelaskan segalanya
pada Adam. Dia
tidak mahu Adam
terus tersalah sangka
terhadap dirinya. Dikejarnya
Adam yang sudah
menghilang.
Di tengah-tengah kesesakan
jalan raya, Hawa
ternampak kelibat Adam
yang ketika itu
sedang menyeberang jalan.
“Adam!!!!”
Adam
menoleh sekilas ke
belakang. Tubuhnya terdorong
ke pinggir jalan
raya. Bahunya luka
ringan. Kepalanya pusing
dengan apa yang
telah berlaku.
Dilihatnya orang ramai
mula berlari ke
tengah jalan. Mereka sedang
mengeremuni sesuatu.
Ya Allah! Apa
dah jadi ni?
“Adik.. adik.. bangun,
dik.” Suara seorang
wanita yang datang
mendekatinya.
“Astaghfirullah! Adik luka
parah ni!” Kepala
gadis itu dipangku
di atas ribanya
dengan berhati-hati.
Riuh-rendah di sekelilingnya. Pandangannya
kabur. Kepalanya pusing.
“Adam.. Adam..” nama
itu jua yang
terpacul keluar dari
mulutnya.
“Adam mana,dik?” tanya
seorang wanita yang
sedang duduk di
hadapannya.
“Adam.. Adam.. Adam..!”
rintih Hawa dalam
kesakitan. Luka parah
di kepalanya tidak
diendahkan.
Suara
sayup-sayup memanggil
namanya itu dicarinya.
Dia bangun berlari
ke arah kerumunan
orang ramai itu.
“Hawa!!”
Adam jatuh terduduk.
Segala kudratnya hilang
sementelah melihat Hawa
dalam keadaan luka
yang parah di
kepala. Semuanya gara-gara
menyelamatkan dirinya daripada
dilanggar sebuah kereta,
Hawa jadi begini.
Tidak semena-mena air
mata lelakinya pecah
jua. Kalaulah aku dengar
apa yang Hawa
nak jelaskan, mesti
semua ni tak
kan terjadi. Adam
mula mempersalahkan dirinya
sendiri.
“Hawa.. saya minta
maaf. Sebab saya,
awak jadi macam
ni.” Adam menyesal
dengan perbuatannya yang
terlalu ego terhadap
pendiriannya. Tangan Hawa
dicapai dan digenggam
kemas. Terasa sejuk
tangan mulus gadis
itu.
“Adam.. saya.. minta
maaf kalau saya
ada.. buat salah
dengan awak selama
ni. Saya.. tak
pernah tipu awak...
sumpah,” ucap Hawa
dengan nafas tersekat-sekat.
Empangan air mata
Adam pecah sepenuhnya.
Dia tidak dapat
menahan rasa kekesalannya
lagi. “Shh.. awak
tak salah. Saya
yang salah sebab
tak percayakan awak.”
“Saya minta
maaf...”
Hawa memandang kekasihnya
penuh kasih sayang.
Awak.. maafkan saya
sebab tak dapat
bersama awak lagi.
Saya kena pergi
jauh.. nanti kita
jumpa kat sana
ye.
Matanya
ditutup perlahan. Pegangan
tangannya dalam genggaman
Adam terlerai perlahan-perlahan. Hawa
pergi meninggalkan dunianya
dan kembali kepada
penciptanya.
“Hawa!!!!!!!!” Adam menjerit
kuat setelah melihat
jasad di hadapannya
terkulai lemah.
“Dia sudah tiada...”
Suara wanita yang
memangku gadis itu.
“Hawa...! Jangan tinggalkan
saya!” rintih Adam
kesal. “Maafkan saya..
maafkan saya sebab
tak percayakan awak,”
ngongoi Adam sambil
memeluk jasad gadis
itu.
“Maafkan saya!!”
No comments:
Post a Comment