“Afiq still
sayangkan awak. Sayang
dia pada awak
tak pernah kurang
walaupun sedikit. Percayalah…”
rayu Insyirah pada
gadis itu.
“Tak.. dia
sayang awak. Kalau
tidak, tak mungkin
dia akan bersama
awak dulu,” tingkah
Sofianis kuat.
Sofianis… Afiq
still sayangkan awak.
Sebab tu dia
tinggalkan saya… rintih
Insyirah di dalam
hati. Biarpun beribu
calar bakal berbekas
di hatinya, dia
harus reda. Dia
tidak sanggup lagi
membiarkan Sofianis berkorban
kasih demi dirinya
lagi. Biarlah kali
ini dia pula
yang berbuat demikian.
Lagi pula,
tidak ada gunanya
dia mencintai orang
yang mencintai orang
lain dan bukan
dirinya. Siapa sangka,
setelah lima bulan
bermadu kasih bersama
Afiq, terluah segala
rasa yang tersemat
kemas di dalam
hati gadis bernama
Sofianis itu. Gadis
itu masih lagi
menyayangi Afiq walaupun
telah lama berpisah.
Afiq juga
menyatakan perasaan yang
sama kepada Sofianis.
Jadi wajarlah sekiranya
Insyirah berundur demi
sahabatnya itu.
“Afiq sayang awak,
Insyirah. Dia sendiri
yang beritahu pada
saya,” luah Sofianis.
“Sudahlah Sofianis! Jangan cakap
semata-mata nak menyedapkan
hati saya. Saya
dah dengar semuanya
dari mulut Afiq.
Dia sayangkan awak.
Dia still sayangkan
awak seperti dulu.
Perasaan dia pada
awak tak pernah
padam, Sofianis,” terang
Insyirah tenang.
Air mata
yang mula bertakung
di tubir mata
pantas diseka. Dia
tidak mahu Sofianis
jatuh kasihan terhadapnya
lagi dan terus-terusan
berkorban kasih sayangnya
terhadap Afiq semata-mata
mahu melihat dirinya
bahagia. Tak ada
gunanya bercinta kalau
diri sendiri bertepuk
sebelah tangan, Sofianis..
“Tapi…”
“Cukup Sofianis! Dia
milik awak, bukan
saya. Tapi awak…
Awak jagalah dia
baik-baik. Saya tahu
awak still sayangkan
dia. Dan dia
pun sayangkan awak
juga. Awak jangan
risau pasal saya.
Saya boleh terima
semua ni,” ucap
Insyirah sambil bangkit
lantas berlalu meninggalkan
Sofianis keseorangan.
Maafkan aku hati…
aku sayangkan Afiq..
dan aku juga
sayangkan Sofianis…
Hujan lebat beserta
guruh yang berdentum
kuat membuatkan hati
tuanya gelisah. Anak
gadisnya belum pulang
ke rumah walhal
waktu sudah mula
menjengah malam. Ke
manalah Insyirah pergi,
nak…
Ketukan lemah di
pintu utama membuatkan
dia tersentak. Segera
langkahnya ditapak laju menuju ke
pintu itu. Dikuaknya
pintu itu perlahan-lahan.
“Astaghfirullah hal azim…”
Puan Sofeya segera
beristighfar tatkala terpandangkan
anaknya yang terjelepuk
di lantai. Badannya
basah kuyup dek
disimbah hujan lebat
yang menggila.
Dipapahnya Insyirah menuju
ke kamar tidurnya.
Tubuh anak gadisnya
itu menggigil kesejukan.
Baju yang dipakainya itu
segera ditukar dengan
baju baharu. Diselimutkan
tubuh gadis itu
menggunakan comforter supaya
dapat mengurangkan tubuhnya
yang menggigil kesejukan.
“Kenapa jadi begini,
nak… Apa dah
jadi?” soal Puan
Aisyah perlahan. Bimbang
jadinya melihat anak
gadisnya begini. Belum
pernah Insyirah begini.
Wajahnya murung dan
sembap akibat terlalu
banyak menangis.
Insyirah membalikkan
tubuhnya menghadap dinding
bilik. Matanya dipejam
rapat. Perit hatinya
mengingatkan peristiwa petang
tadi. Hancur setiap
kepingan hatinya tiada
bercantum lagi. Sabarlah
hati.. pasti ada hikmahnya
di sebalik semua
ini…
Setiap ujian
yang mendatang pasti
ada hikmah tersembunyi.
Cuma kita
yang tidak mengerti
mahupun berfikir
rahsia di
sebalik sesuatu kejadian
itu.
Kenyataan itu
benar-benar mengguris hatinya.
Lemah segala kudratnya
menerima kenyataan yang
satu itu. Namun,
dia harus reda.
Dia harus ikhlas
menerima dugaan yang
Allah berikan kepadanya.
“Insyirah!”
Insyirah menoleh
ke belakang. Dilihatnya
Fazurina berlari-lari anak
ke arahnya. Insyirah
tersenyum mesra. Fazurinalah
sahabat karibnya yang
mendorong dia melupakan
segala kenangan pahit
itu. Syukur Ya
Allah kerana telah
menganugerahkan sahabat yang
baik kepadaku..
“
Termenung pulak dia!”
suara Fazurina. Ada
nada merajuk dalam
nadanya itu.
“Hehe.. sorrylah. Tak
sengaja,” ucap Insyirah
menutup cela.
“Huh!
Yela… Eh, kita
nak pergi ke
mana ni?” soal
Fazurina teruja. Barang-barang
yang dibawa oleh
Insyirah menimbulkan tanda tanya. Makanan
ringan, air mineral,
air berkabonat… segala
macam budak Insyirah
ni bawak. Nak
pergi mana ni eh?
“Kita pergi… picnic!”
jawab Insyirah sambil
tersengih-sengih.
“Wahh! Saya suka!
Saya suka!” jawab
Fazurina sambil mengajuk
watak Mei Mei
dalam cerita Upin
Ipin itu. “Picnic
kat mana?”
“Err… Tanjung Bidara.
Amacam? Okay tak?”
“Okay aja. Mana-mana
juga bisa sih,”
jawab Fazurina dalam
pelat Indonesia pula.
Macam-macam betullah budak
ni!
Syukur Alhamdulillah.. Kehidupan
gadis tu telah
kembali normal. Tiada
lagi esak tangis
di saban malam.
Tiada lagi kemurungan
dan kesedihan yang mencela wajahnya
kini. Insyirah benar-benar
sudah menerima hakikat
bahawa Afiq bukan
miliknya lagi. Insyirah
percaya jodohnya ada,
cuma belum tiba
masanya lagi jodohnya
tiba. Moga-moga Allah
menganugerahkan dia jodoh
yang benar-benar menyayangi
dirinya. Hanya dirinya
seorang…
Aminn…
No comments:
Post a Comment